Detik demi detik masa berlalu, Malam berganti siang, hari berganti hari, diri ini kesayuan tiada berkesudahan tiada berhenti, syahdu sungguh terasa diri ini.. Hati ini terkala sayu mengenangkan keSengsara di dalam perjuangan, terpaksa jua menempuhi ranjau onak duri tapi diri ini percaya ranjau kehidupan yang diri ini lalui adalah cabaran dan dugaan hidup seorang hamba yang begitu dhaif. Diri ini yakin semua ini adalah diatas rahmat Allah dan yakin bahawa Rahmat Allah itu luas tak terhingga. .cabaran yang diberi dengan penuh keikhlasan, akan diri ini panjatkan doa memohon pada Allah agar membantu dan melindungi kita, walaupun kehidupan itu terhimpit dek permasaalahan keduniaan.
No comments:
Post a Comment